Sunday, January 24

KENAPA BATERI HANDPHONE CEPAT ROSAK?

Bateri handphone kembung atau bengkak?
Kebiasaannya jangka hayat bateri handphone yang berkualiti tinggi ialah setahun sehingga setahun setengah. Ini bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan bateri tersebut. Di bawah adalah tips supaya bateri handphone tahan lebih lama.
  1. Off handphone semasa mengecas.
  2. Elakkan mengecas handphone sambil bermain game, mendengar lagu atau semasa bercakap.
  3. Jangan cas handphone terlalu lama(overcharge). Maksimum masa mengecas ialah 3 jam.
  4. Sebaik-baiknya pastikan bateri handphone sudah lemah baru cas semula.
  5. Jangan letak handphone anda di tempat panas seperti atas tv, dashboard, oven dan sebagainya.
Jaga bateri handphone anda!

Friday, January 15

APA ITU BLUETOOTH?



BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.


Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter. Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain. Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.

Tuesday, January 5

HANDPHONE MASUK VIRUS



Perkataan virus amat menakutkan bila kita dengar. Tak kira samada virus pada manusia, komputer, handphone dan sebagainya. Bila terkena virus mesti ada ubatnya atau cara-cara untuk memulihkan penyakit tersebut. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai virus pada telefon bimbit. Melalui pengalaman saya, berbagai jenis virus yang boleh berjangkit pada handphone. Antaranya ialah comm warrior, caribe, skull dan lain-lain. Biasanya virus ini banyak menyerang handphone jenis Symbian. Kebanyakan telefon Symbian adalah berjenama Nokia. Ia merujuk kepada symbian series 60 1st edition seperti Ngage, Ngage QD, 3650, 3660, 6600, 6630, 6670, 6680 dan 7610 dan 2nd edition seperti N70. Handphone symbian series 40 seperti Nokia 5300, 6288, 5610 dan sebagainya dan series 60 3rd edition N73, N80, N82, N95 tidak boleh dijangkiti virus-virus di atas.