Wednesday, December 16

Bateri Handphone



Tahukah anda bateri-bateri handphone yang dijual di pasaran mempunyai beberapa gred, iaitu dari segi kualiti ataupun ketahanan bateri tersebut? Kalau anda perhatikan pada bateri tersebut ia kelihatan sama dari segi rupa dan bentuk. Sukar untuk menentukan gred bateri tersebut. Pada umumnya bateri yang paling baik dan berkualiti mempunyai pelekat hologram. Walaubagaimanapun hologram tersebut boleh ditiru dan diciplak oleh para pembekal atau pemborong untuk meyakinkan pengguna bahawa bateri tersebut berkualiti. Biasanya gred-gred yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut :


1. Original (Hanya boleh didapati pada handphone baru)

2. Original AP (Harga pasaran sekitar RM60-RM150)

3. Kualiti AAA/AA (Harga pasaran sekitar RM25-RM6o)

4. Kualiti A (Harga pasaran sekitar RM15-RM30)

5. Kualiti B/C (Harga pasaran sekitar RM10-RM25)


Namun kebanyakan bateri yang ada di pasaran sekarang semuanya mempunyai hologram. Yang membezakan berkualiti dengan tidak berkualiti mungkin imej pada hologram dan ada beberapa pelekat lain yang ada pada bateri tersebut. Jadi, berhati-hati ketika membeli dan bertanyalah kepada yang lebih arif. (Info di atas merujuk kepada bateri Nokia sahaja)


Hubungi saya di smartbizz4u@ymail.com untuk pertanyaan dan pembelian aksesori handphone. Harga boleh dirunding. Ataupun boleh layari www.lelong.com.my/store/smartbizz4u. Berbagai-bagai lagi aksesori yang akan di senaraikan.








Sunday, December 13

NOKIA N97


Aku suka sangat henfon N97. Design dan features yang direka adalah yang terbaik di antara model2 sebelumnya. Nampak elegan dan stylish. Dengan memori yang tersedia ada 32gb ditambah dengan kad mikro SD hingga 16gb. Kelebihan yang ketara ialah apabila melayari internet. Kalau lepak kat kedai mamak menggunakan WIFI, fulamak! Kelajuan dia mengalahkan laptop. Tambah pula dengan skrin yang lebar. Puas hati beb! Bateri pun tahan lama dengan penggunaan yang maksima.

Tapi bila jumpa pelanggan dan kengkawan kebanyakan tak minat henfon tu. Anda semua nak tahu kenapa?HE..HE..Sebenarnya mereka tak pandai dan tak tahu menggunakannya. Alasan mereka henfon selalu hang...Pada aku henfon yang menggunakan memori kad tak lari daripada masalah ini. Sebabnya henfon pun mempunyai RAM, ROM, HARD DISK...ala2 komputer juga. Sedangkan komputer yang besar tu pun adakalanya hang dan lembab. Kenapa komputer boleh hang? Samalah dengan henfon...sebabnya bila kita dah buka banyak folder dan tak tutup setelah menggunakannya. Jadi, kepada sesiapa mempunyai masalah henfon hang jangan salahkan henfon. Cari penyelesaian ataupun tanya pengguna2yang berpengalaman.

Wednesday, November 18


Dah lama tak update blog nih...busy ckit. Apa2 pun kalau anda ada apa2 masalah pasal handphone boleh la tanya saya.

Wednesday, November 4

TIPS kalau handphone masuk air


Kalau handphone anda terkena hujan ke, mandi dalam mesin basuh ke, berenang dalam air kopi ke ataupun yang paling adventure terjun dalam lubang jam**n...iskkk..Jangan risau, semua tu boleh di baiki.

1. Cepat2 keluarkan handphone dari air tersebut.
2. Yang paling penting sekali cabut bateri dari handphone. Sebabnya dalam board hp ada banyak wayar2 halus yg kita tak nampak, so putuskan arus elektrik tersebut dengan mengasingkan bateri hp.
3. Keluarkan sim card anda. Lap dengan kain lembut dan keringkan. Ini untuk mengelakkan daripada anda kehilangan nombor2 telefon anda.
4. Kemudian keringkan handphone anda. Gunakan kain lap yang menyerap air seperti tuala lembut. Lapkan sekering2nya, luar dan dalam handphone, termasuk bateri tu.
5. Biarkan seketika di bawah kipas. Kalau rasa-rasa dah kering, cubalah on kan handphone anda....Semoga tips ini boleh membantu!

Tapi sekiranya hp tu terendam di dalam air yang banyak, cepat2 ler hantar servis kat kedai hp. Kalau tak hantar servis, harapan memang tipis. Keluarkan sedikit wang untuk servis di kedai2 yang dipercayai ataupun senang2 datanglah ke kedai saya...hehehe...harapan adalah 90%, tengok nasib gak la. Apa pun sayangilah handphone anda. Sekian.


Monday, November 2

Sayangi Handphone Anda


Assalamualaikum semua,
Kepada pengguna2 telefon bimbit, peliharalah hp anda dengan baik. Janganlah suka2 bagi anak anda main, terutamanya sikecil. Silap hari bulan dicelupnya hp anda ke dalam air minuman.Hehehe...kan dah kena antor repair. Kadang2 anda bernasib baik walaupun hp tu dah beberapa kali jatuh, masih boleh digunakan lagi. Sebab hp tu kuat semangat. Kalau dapat hp yang lemah antibodinyer, terpaksa la pergi klinik jumpa doktor.
Untuk pengetahuan anda caj yang dikenakan oleh doktor hp sangatlah mahal. Ini adalah kerana kemahiran yang mereka ada. Walaupun kos spare partnya rendah. Tetapi ada juga kos yang tinggi seperti LCD(skrin hp), kabel dan lain2 mengikut model2 hp. Biasanya lagi mahal harga hp tu, mahallah lagi caj yang dikenakan oleh doktor hp. Maka gembira sekali doktor tersebut sebab mahsyuk $$$.

Sunday, November 1

Favourite handphone - Nokia 5800 Express Music



Nokia 5800 adalah favourite handphone masa kini. Ramai yang pakai handphone ni. Saya pun pernah menggunakannya. Handphone ni main touch2 screen jer. Nampak Exclusive dan bergaya. Harga pun berpatutan. Aksesori dia pun dah banyak di pasaran seperti pouch bag, casing, housing, handsfree dan macam-macam lagi. Kalau pakai handphone jangan lupa masukkan sekali software GARMIN ataupun maps. Free jer kalau guna maps ni. Kalau anda tersesat jalan dan tak tau jalan pulang click jer Garmin kat hp tu. Dia akan bawak anda ke mana saja...

Friday, October 30

Citer Pasal Handphone

Saya budak baru belajar kalau nak komen boleh jer...hehehe, baru nak belajar buat blog. Kalau nak citer pasal handphone, setiap hari ader jer handphone2 baru di pasaran. Samada model Nokia, Sony Ericsson, Motorola, Samsung, CSL dan lain2. Kekadang saya sendiri keliru dgn model2 hp nih.Walaupun handphone baru banyak di pasaran, ada gak model2 lama yang masih digunakan. Maknanya banyaklah jugak handphone2 yang rosak dan bermasalah yang saya terima. So, kengkawan sumer kalau ader problem pasal handphone sudi2lah tanya saya...