Saturday, February 13

NAK HANTAR KEDAI UNTUK REPAIR HANDPHONE

Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya. Sebenarnya masih banyak yang perlu saya updatekan dalam blog ini. Tapi masa tidak mengizinkan. Maklumlah malam berniaga dari jam 8 malam sehingga 1 pagi. Sampai rumah pun dah lewat pagi. Siang pula menyiapkan handphone-handphone untuk diperbaiki. Awal bulan memang banyak handphone dari pelanggan untuk dibaiki. Jika masalah atau kerosakannya mudah dibaiki bolehlah disiapkan on the spot. Mana yang rumit tu saya buat di rumah kerana memerlukan suasana yang tenang tanpa gangguan. Di antara masalah yang biasa saya terima dan boleh disiapkan dalam masa perniagaan ialah kerosakan pada speaker, mikrofon, joystick untuk Nokia N73, Sony K750, slide key untuk Nokia 5610, ribbon untuk Nokia 5300, 6280, 6288, N80, N95, N95 8GB, 5610, Sony Ericsson W910 dan kerosakan pada LCD atau skrin handphone. Ada juga handphone yang masuk air saya buat di situ juga. Jika bernasib baik handphone tersebut boleh digunakan semula dan sebaliknya. Biasanya saya akan siapkan

Wednesday, February 3

MEMORY FULL DELETE SOME DATA

Saya banyak menerima masalah daripada pelanggan mengenai "MEMORY FULL DELETE SOME DATA". Ini disebabkan memori handphone tersebut telah digunakan sepenuhnya dan tiada lagi ruang untuk menerima data. Masalah ini biasa berlaku pada handphone Nokia N70 dan N73. Ada beberapa masalah akan timbul apabila keluar mesej memori penuh. Contohnya seperti sms tidak boleh hantar dan terima, bluetooth tidak berfungsi, gambar yang ditangkap melalui kamera handphone tidak disimpan di dalam handphone dan sebagainya. Mengikut pengalaman saya dalam membaik pulih handphone, punca masalah ini ialah disebabkan oleh pengguna handphone itu sendiri. Mereka gemar menghantar lagu mp3, video dan gambar melalui bluetooth dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Setiap kali pelanggan mengajukan masalah mereka, saya akan bertanya mengenai penggunaan bluetooth. Jawapan yang diberi memang benar. Mereka sering menghantar atau mengirim lagu-lagu mp3 melalui bluetooh dengan jumlah yang banyak dan menghantarnya sekaligus. Walaupun handphone mempunyai memori external iaitu memori kad, apabila menghantar data-data, ia akan menggunakan RAM handphone tersebut. Seperti anda sedia maklum,

Sunday, January 24

KENAPA BATERI HANDPHONE CEPAT ROSAK?

Bateri handphone kembung atau bengkak?
Kebiasaannya jangka hayat bateri handphone yang berkualiti tinggi ialah setahun sehingga setahun setengah. Ini bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan bateri tersebut. Di bawah adalah tips supaya bateri handphone tahan lebih lama.
  1. Off handphone semasa mengecas.
  2. Elakkan mengecas handphone sambil bermain game, mendengar lagu atau semasa bercakap.
  3. Jangan cas handphone terlalu lama(overcharge). Maksimum masa mengecas ialah 3 jam.
  4. Sebaik-baiknya pastikan bateri handphone sudah lemah baru cas semula.
  5. Jangan letak handphone anda di tempat panas seperti atas tv, dashboard, oven dan sebagainya.
Jaga bateri handphone anda!

Friday, January 15

APA ITU BLUETOOTH?



BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.


Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter. Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain. Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.

Tuesday, January 5

HANDPHONE MASUK VIRUS



Perkataan virus amat menakutkan bila kita dengar. Tak kira samada virus pada manusia, komputer, handphone dan sebagainya. Bila terkena virus mesti ada ubatnya atau cara-cara untuk memulihkan penyakit tersebut. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai virus pada telefon bimbit. Melalui pengalaman saya, berbagai jenis virus yang boleh berjangkit pada handphone. Antaranya ialah comm warrior, caribe, skull dan lain-lain. Biasanya virus ini banyak menyerang handphone jenis Symbian. Kebanyakan telefon Symbian adalah berjenama Nokia. Ia merujuk kepada symbian series 60 1st edition seperti Ngage, Ngage QD, 3650, 3660, 6600, 6630, 6670, 6680 dan 7610 dan 2nd edition seperti N70. Handphone symbian series 40 seperti Nokia 5300, 6288, 5610 dan sebagainya dan series 60 3rd edition N73, N80, N82, N95 tidak boleh dijangkiti virus-virus di atas.

Wednesday, December 30

Nak Buka Kedai Handphone?

Saya yakin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu macamana nak mulakan perniagaan ini. Pada asasnya untuk memulakan perniagaan apa pun kita memerlukan modal. Untuk membuka kedai handphone anda juga mesti mempunyai modal. Anda boleh memulakannya secara kecil-kecilan. Memandangkan kedai handphone tumbuh macam cendawan, saya sarankan anda mulakan perniagaan di pasar malam. Ibaratkan anda pergi keluar mencari pelanggan. Jika anda duduk di kedai sahaja pelanggan adalah sangat terhad, berbeza keadaannya sekiranya anda berniaga di pasar malam. Jumlah pelanggan yang datang adalah besar walaupun bukan semua yang datang untuk membeli. Mungkin mereka datang untuk survey dahulu. Sekiranya barangan

Wednesday, December 23

Kerosakan Handphone 5610, 6280, N95, N80, 5300



Model-model handphone di atas adalah handphone jenis slide. Di mana kerosakan yang kerap berlaku pada ribbon atau cable dalam handphone tersebut. Berhati-hati semasa menolak dan menurunkannya. Jangan terlalu kasar. Kerosakan sebegini mesti akan berlaku, samada lambat atau cepat. Masalah yang biasa berlaku pada handphone sebegini ialah tiada gambar pada skrin, tiada bunyi dan beberapa masalah lain. Kemungkinan besar ribbon terkoyak aatau rosak. Caj yang biasa dikenakan di kedai-kedai adalah di antara RM25 hingga RM200. Bergantung kepada model handphone. Kalau nak hantar repair pergilah survey-survey di beberapa buah kedai. Jangan kena katok dek peniaga-peniaga yang banyak menipu!