Wednesday, November 18


Dah lama tak update blog nih...busy ckit. Apa2 pun kalau anda ada apa2 masalah pasal handphone boleh la tanya saya.

Wednesday, November 4

TIPS kalau handphone masuk air


Kalau handphone anda terkena hujan ke, mandi dalam mesin basuh ke, berenang dalam air kopi ke ataupun yang paling adventure terjun dalam lubang jam**n...iskkk..Jangan risau, semua tu boleh di baiki.

1. Cepat2 keluarkan handphone dari air tersebut.
2. Yang paling penting sekali cabut bateri dari handphone. Sebabnya dalam board hp ada banyak wayar2 halus yg kita tak nampak, so putuskan arus elektrik tersebut dengan mengasingkan bateri hp.
3. Keluarkan sim card anda. Lap dengan kain lembut dan keringkan. Ini untuk mengelakkan daripada anda kehilangan nombor2 telefon anda.
4. Kemudian keringkan handphone anda. Gunakan kain lap yang menyerap air seperti tuala lembut. Lapkan sekering2nya, luar dan dalam handphone, termasuk bateri tu.
5. Biarkan seketika di bawah kipas. Kalau rasa-rasa dah kering, cubalah on kan handphone anda....Semoga tips ini boleh membantu!

Tapi sekiranya hp tu terendam di dalam air yang banyak, cepat2 ler hantar servis kat kedai hp. Kalau tak hantar servis, harapan memang tipis. Keluarkan sedikit wang untuk servis di kedai2 yang dipercayai ataupun senang2 datanglah ke kedai saya...hehehe...harapan adalah 90%, tengok nasib gak la. Apa pun sayangilah handphone anda. Sekian.


Monday, November 2

Sayangi Handphone Anda


Assalamualaikum semua,
Kepada pengguna2 telefon bimbit, peliharalah hp anda dengan baik. Janganlah suka2 bagi anak anda main, terutamanya sikecil. Silap hari bulan dicelupnya hp anda ke dalam air minuman.Hehehe...kan dah kena antor repair. Kadang2 anda bernasib baik walaupun hp tu dah beberapa kali jatuh, masih boleh digunakan lagi. Sebab hp tu kuat semangat. Kalau dapat hp yang lemah antibodinyer, terpaksa la pergi klinik jumpa doktor.
Untuk pengetahuan anda caj yang dikenakan oleh doktor hp sangatlah mahal. Ini adalah kerana kemahiran yang mereka ada. Walaupun kos spare partnya rendah. Tetapi ada juga kos yang tinggi seperti LCD(skrin hp), kabel dan lain2 mengikut model2 hp. Biasanya lagi mahal harga hp tu, mahallah lagi caj yang dikenakan oleh doktor hp. Maka gembira sekali doktor tersebut sebab mahsyuk $$$.

Sunday, November 1

Favourite handphone - Nokia 5800 Express Music



Nokia 5800 adalah favourite handphone masa kini. Ramai yang pakai handphone ni. Saya pun pernah menggunakannya. Handphone ni main touch2 screen jer. Nampak Exclusive dan bergaya. Harga pun berpatutan. Aksesori dia pun dah banyak di pasaran seperti pouch bag, casing, housing, handsfree dan macam-macam lagi. Kalau pakai handphone jangan lupa masukkan sekali software GARMIN ataupun maps. Free jer kalau guna maps ni. Kalau anda tersesat jalan dan tak tau jalan pulang click jer Garmin kat hp tu. Dia akan bawak anda ke mana saja...