Saturday, February 13

NAK HANTAR KEDAI UNTUK REPAIR HANDPHONE

Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya. Sebenarnya masih banyak yang perlu saya updatekan dalam blog ini. Tapi masa tidak mengizinkan. Maklumlah malam berniaga dari jam 8 malam sehingga 1 pagi. Sampai rumah pun dah lewat pagi. Siang pula menyiapkan handphone-handphone untuk diperbaiki. Awal bulan memang banyak handphone dari pelanggan untuk dibaiki. Jika masalah atau kerosakannya mudah dibaiki bolehlah disiapkan on the spot. Mana yang rumit tu saya buat di rumah kerana memerlukan suasana yang tenang tanpa gangguan. Di antara masalah yang biasa saya terima dan boleh disiapkan dalam masa perniagaan ialah kerosakan pada speaker, mikrofon, joystick untuk Nokia N73, Sony K750, slide key untuk Nokia 5610, ribbon untuk Nokia 5300, 6280, 6288, N80, N95, N95 8GB, 5610, Sony Ericsson W910 dan kerosakan pada LCD atau skrin handphone. Ada juga handphone yang masuk air saya buat di situ juga. Jika bernasib baik handphone tersebut boleh digunakan semula dan sebaliknya. Biasanya saya akan siapkan

Wednesday, February 3

MEMORY FULL DELETE SOME DATA

Saya banyak menerima masalah daripada pelanggan mengenai "MEMORY FULL DELETE SOME DATA". Ini disebabkan memori handphone tersebut telah digunakan sepenuhnya dan tiada lagi ruang untuk menerima data. Masalah ini biasa berlaku pada handphone Nokia N70 dan N73. Ada beberapa masalah akan timbul apabila keluar mesej memori penuh. Contohnya seperti sms tidak boleh hantar dan terima, bluetooth tidak berfungsi, gambar yang ditangkap melalui kamera handphone tidak disimpan di dalam handphone dan sebagainya. Mengikut pengalaman saya dalam membaik pulih handphone, punca masalah ini ialah disebabkan oleh pengguna handphone itu sendiri. Mereka gemar menghantar lagu mp3, video dan gambar melalui bluetooth dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Setiap kali pelanggan mengajukan masalah mereka, saya akan bertanya mengenai penggunaan bluetooth. Jawapan yang diberi memang benar. Mereka sering menghantar atau mengirim lagu-lagu mp3 melalui bluetooh dengan jumlah yang banyak dan menghantarnya sekaligus. Walaupun handphone mempunyai memori external iaitu memori kad, apabila menghantar data-data, ia akan menggunakan RAM handphone tersebut. Seperti anda sedia maklum,