Wednesday, February 3

MEMORY FULL DELETE SOME DATA

Saya banyak menerima masalah daripada pelanggan mengenai "MEMORY FULL DELETE SOME DATA". Ini disebabkan memori handphone tersebut telah digunakan sepenuhnya dan tiada lagi ruang untuk menerima data. Masalah ini biasa berlaku pada handphone Nokia N70 dan N73. Ada beberapa masalah akan timbul apabila keluar mesej memori penuh. Contohnya seperti sms tidak boleh hantar dan terima, bluetooth tidak berfungsi, gambar yang ditangkap melalui kamera handphone tidak disimpan di dalam handphone dan sebagainya. Mengikut pengalaman saya dalam membaik pulih handphone, punca masalah ini ialah disebabkan oleh pengguna handphone itu sendiri. Mereka gemar menghantar lagu mp3, video dan gambar melalui bluetooth dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Setiap kali pelanggan mengajukan masalah mereka, saya akan bertanya mengenai penggunaan bluetooth. Jawapan yang diberi memang benar. Mereka sering menghantar atau mengirim lagu-lagu mp3 melalui bluetooh dengan jumlah yang banyak dan menghantarnya sekaligus. Walaupun handphone mempunyai memori external iaitu memori kad, apabila menghantar data-data, ia akan menggunakan RAM handphone tersebut. Seperti anda sedia maklum,
handphone juga mempunyai RAM, ROM, hard disk seperti komputer. Memori handphone sangat kecil kalau hendak dibandingkan dengan komputer. Apabila berkongsi lagu dan video dengan rakan-rakan mereka tidak pernah terfikir kesan buruk kepada handphone mereka. Internal  memori untuk Nokia N73 hanya 42MB dan Nokia N70 mempunyai 22MB. Cuba anda bayangkan, satu lagu mp3 saiznya 6MB dan mereka menghantar sepuluh lagu mp3 sekaligus. Tidakkah ia melebihi internal memori handphone anda? Walaupun external memori atau memori kad anda mempunyai ruang kosong yang masih banyak, proses penghantaran data masih menggunakan RAM handphone dan ia akan mengganggu sistem handphone anda. Maka sebab itulah berlakunya handphone 'hang'. Jika bernasib baik, handphone tersebut masih boleh di baiki sendiri dengan memformat handphone menggunakan kod. Jika tidak, anda perlu menghantar ke kedai untuk dibaik pulih. Gunakanlah handphone anda dengan cermat untuk mengelakkan daripada masalah ini.

3 comments:

ikhwan said...

sye nk tnya hp sya ada masalah dngan speaker model nk 5800xm .......brapa hrga nya.......

Anonymous said...

Aktiv lg kah blog ni

Unknown said...

Sy nak tanya, sy mmkai hp nokia c3. pd hari ini, tb2 hp tersebut tidak punya signal (line). dan ada bbrapa button tdak brfungsi. blh bantu x? sy syg hp tu. hdiah dr arwah ayh. terima kasih