PROFILE

Sudah hampir 12 tahun menceburi bidang telekomunikasi iaitu sejak tahun 1998. Turun naik dalam perniagaan dah menjadi kebiasaan. Menguruskan bisnes ni fulltime bersama isteri. Kerja malam jer... siang tido dan jalan-jalan cari makan... Untuk pengetahuan semua kami berbisnes di Gerbang Malam Ipoh, sejak tahun 2004. Setiap hari dari jam 8 malam hingga 1 pagi. Kebanyakan peniaga-peniaga mula berniaga jam 7 ptg. Macam-macam ada kat Gerbang Malam, suasana sangat meriah.90% adalah peniaga Bumiputra. Rasa bangga bila tengok orang kita berniaga. Kedai kami di bersebelahan Bank Simpanan Nasional, iaitu kedai yang pertama sekali. Kami menjual berbagai2 aksesori handphone, download software & game serta perkhidmatan repair & servis handphone. Murah-murah jer!Purata sehari menerima 5 handphone untuk dibaiki. Ada yg boleh disiapkan on de spot dan ada yg mengambil masa 2 hari. Macam-macam masalah kerosakan handphone yang kami terima. Ada jugak hp terendam dlm mesin basuh. Kalau cepat hantar servis masih boleh digunakan lagi. So, sesaper nak tanya pasal handphone ataupun nak beli aksesori boleh tanya kami. Tinggalkan komen anda atau hantar email kat smartbizz4u@ymail.com