Wednesday, December 30

Nak Buka Kedai Handphone?

Saya yakin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu macamana nak mulakan perniagaan ini. Pada asasnya untuk memulakan perniagaan apa pun kita memerlukan modal. Untuk membuka kedai handphone anda juga mesti mempunyai modal. Anda boleh memulakannya secara kecil-kecilan. Memandangkan kedai handphone tumbuh macam cendawan, saya sarankan anda mulakan perniagaan di pasar malam. Ibaratkan anda pergi keluar mencari pelanggan. Jika anda duduk di kedai sahaja pelanggan adalah sangat terhad, berbeza keadaannya sekiranya anda berniaga di pasar malam. Jumlah pelanggan yang datang adalah besar walaupun bukan semua yang datang untuk membeli. Mungkin mereka datang untuk survey dahulu. Sekiranya barangan
yang anda jual memenuhi kehendak pelanggan mereka akan datang lagi dan akan bercerita kepada rakan-rakan. Anda perlu mempelbagaikan produk dan barangan yang dijual. Nampakkan seperti sebuah kedai handphone. Lengkap dengan aksesori handphone, PDA, PSP, menjual top up dan perkhidmatan membaiki handphone. Jika anda mempunyai handphone second hand adalah lebih baik. Jangan malu dan segan untuk meletakkan barangan anda. Pedulikan apa orang nak kata. Yang penting perniagaan kita adalah halal.

Tidak ketinggalan juga perkhidmatan membaiki handphone, telefon bimbit. Anda jangan lepaskan peluang ini, kerana ia mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan. Yang penting anda mempunyai kemahiran dan keyakinan apabila berhadapan dengan para pelanggan. Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan anda. Untuk hari ini kita berhenti di sini. Jumpa lagi!

3 comments:

lavender441 said...

untuk dapatkan kemahiran belajar repair handphone ni mcmana bro? ada kelas atau kursus ke? kalau ada mohon share kan info2 berkaitan.

wellington rantai said...

Saya perlukan khidmat nasihat untuk perniagaan ni.

Azban said...

Salam, bro, saya juga berminat nak ceburi bidanga ini boleh ke bagi khidmat nasihat, sya duk dekat aje di Tg Tualang.