Tuesday, January 5

HANDPHONE MASUK VIRUS



Perkataan virus amat menakutkan bila kita dengar. Tak kira samada virus pada manusia, komputer, handphone dan sebagainya. Bila terkena virus mesti ada ubatnya atau cara-cara untuk memulihkan penyakit tersebut. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai virus pada telefon bimbit. Melalui pengalaman saya, berbagai jenis virus yang boleh berjangkit pada handphone. Antaranya ialah comm warrior, caribe, skull dan lain-lain. Biasanya virus ini banyak menyerang handphone jenis Symbian. Kebanyakan telefon Symbian adalah berjenama Nokia. Ia merujuk kepada symbian series 60 1st edition seperti Ngage, Ngage QD, 3650, 3660, 6600, 6630, 6670, 6680 dan 7610 dan 2nd edition seperti N70. Handphone symbian series 40 seperti Nokia 5300, 6288, 5610 dan sebagainya dan series 60 3rd edition N73, N80, N82, N95 tidak boleh dijangkiti virus-virus di atas.

Bagaimana virus boleh berjangkit pada handphone anda? Virus boleh menular semasa pemindahan data melalui bluetooth, memori kad dan menerusi internet. Antara symptom-symptom apabila handphone anda terkena virus ialah bateri cepat habis, sms dihantar dengan sendirinya menyebabkan kehabisan kredit, handphone selalu restart dan yang paling kritikal apabila handphone tersebut langsung tidak berfungsi atau tidak boleh ON. Apabila telefon bimbit anda dijangkiti virus, telefon tersebut perlu diformat. Saya galakkan anda lakukan perkara yang sama terhadap memori kad, kerana apabila handphone terkena virus secara tidak langsung memori kad tersebut akan dijangkiti penyakit yang sama. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membersihkan virus pada memori kad dan telefon bimbit anda. Semua data seperti nombor telefon, gambar, video akan hilang jika tidak dilakukan berhati-hati.


Penyimpanan Data dan Format Memori Kad

1. Salin semua nombor telefon yang ada pada handphone ke sim kad atau ke memori kad.
2. Simpan semua gambar, lagu dan video dari handphone ke memori kad melalui file manager.
3. Pindahkan data-data tadi dari memori kad ke komputer anda. Anda hanya perlu copy folder OTHER, SOUND, VIDEO, IMAGE dan FOLDER yang anda create sendiri. Tidak perlu menyimpan folder system.
4. Format memori kad anda melalui komputer menggunakan sistem FAT(Pergi ke my computer, klik mouse kanan pada removable disk memori kad anda dan klik format). Sekarang memori kad anda telah bersih dari sebarang virus.
5. Kemudian anda boleh pindahkan semula data-data yang telah anda simpan pada komputer tadi ke memori kad yang telah diformat. Sebaiknya sebelum memindahkan data ke memori kad, anda scan dahulu data-data tadi menggunakan anti virus daripada komputer anda.




Format Handphone


1. Tekan butang *#7370# dan masukkan kod nombor yang diminta (default no ialah 12345).
2. Tunggu sebentar sehingga handphone anda restart.

Jika cara tersebut tidak berjaya anda lakukan seperti di bawah :
1. Matikan handphone anda
2. Pastikan bateri penuh
3. Keluarkan sim kad dan memori kad anda
4. Tekan button keypad nombor 3, *, call dan button on/off
5. Anda perlu menekan keempat-empat button ini serentak sehingga keluar perkataan formatting dan biarkan proses berjalan sehingga keluar gambar
6. Sekarang handphone anda telah bebas daripada virus
7. Masukkan semula simkad dan memori kad yang telah diformat tadi
8. Jangan lupa untuk menyalin semula nombor telefon daripada simkad ke handphone anda

Jika tidak berjaya juga hantarlah handphone anda ke kedai, bayar jer duit ....abis citer.

SELAMAT MENCUBA!




5 comments:

adiba said...

format handphone ni mcm format kmptr ke? klu format default mcm baru beli ke ksg terus?

nanai said...

handphne saya jenis nokia 7210 supernova. bila nak turn on je, dia akan keluar word 'NOKIA' dan terus skrin tuh kaler putih je. adakah ini maslah software?? kene format ke? berapa kena??

Anonymous said...

nak tanya kenapa nokia 6680 saya selalu restart?

Miho みほ, ミホ said...

Handphone saya Android X5292....Handphone saya asyik buka mati....Akak saya cskap Handphone saya kena virus........saya dah format Kad Memori tetapi Handphone je tak boleh format so cam ne nak buat dengan telepon saya ini?

nurul alisza said...
This comment has been removed by the author.