Saturday, February 13

NAK HANTAR KEDAI UNTUK REPAIR HANDPHONE

Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya. Sebenarnya masih banyak yang perlu saya updatekan dalam blog ini. Tapi masa tidak mengizinkan. Maklumlah malam berniaga dari jam 8 malam sehingga 1 pagi. Sampai rumah pun dah lewat pagi. Siang pula menyiapkan handphone-handphone untuk diperbaiki. Awal bulan memang banyak handphone dari pelanggan untuk dibaiki. Jika masalah atau kerosakannya mudah dibaiki bolehlah disiapkan on the spot. Mana yang rumit tu saya buat di rumah kerana memerlukan suasana yang tenang tanpa gangguan. Di antara masalah yang biasa saya terima dan boleh disiapkan dalam masa perniagaan ialah kerosakan pada speaker, mikrofon, joystick untuk Nokia N73, Sony K750, slide key untuk Nokia 5610, ribbon untuk Nokia 5300, 6280, 6288, N80, N95, N95 8GB, 5610, Sony Ericsson W910 dan kerosakan pada LCD atau skrin handphone. Ada juga handphone yang masuk air saya buat di situ juga. Jika bernasib baik handphone tersebut boleh digunakan semula dan sebaliknya. Biasanya saya akan siapkan
di hadapan pelanggan kerana kebanyakan mereka tidak mahu handphone mereka ditinggalkan kepada peniaga. Pada saya memang tindakan yang bijak. Kerana ada sesetengah peniaga suka mengambil kesempatan untuk menipu. Katakanlah handphone rosak disebabkan tidak bernyala atau tidak boleh ON tiba-tiba. Sebenarnya kerosakan sebegini ada banyak kemungkinan. Ia boleh disebabkan bateri, bateri connector, suis, software, IC dan sebagainya.  Di mana masalah seperti ini ada yang mudah dan ada yang sukar dibaiki. Semua ini memerlukan kemahiran dan pengalaman. Mungkin ada sebilangan pelanggan yang tahu dan ada yang tidak tahu langsung. Maka golongan yang tidak tahu inilah yang akan menjadi mangsa peniaga yang mengambil kesempatan. Mereka akan memberi alasan bahawa board atau papan litar rosak dan tak boleh dibaiki lagi. Padahal ia masih boleh dibaik pulih. Inilah masanya mereka mengambil peluang untuk mencuri board yang dikatakan rosak tadi kepada board yang lain. Pelanggan pula terpinga-pinga dan percaya bahawa handphone mereka telah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Peniaga ini pula akan perbaharui handphone tersebut untuk dijual sebagai RECOND set. Jadi, mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan dari situ. Selain daripada menukar board handphone banyak lagi spare part handphone yang boleh diambil dan ditukar. Contohnya seperti LCD atau skrin handphone. Ada pelanggan saya mengadu dan bertanya mengenai LCD atau skrin handphone mereka. Mereka hantar handphone ke sebuah kedai A untuk dibaiki disebabkan kerosakan pada ribbon. Sebelum hantar ke kedai tersebut gambar pada skrin handphone terang dan jelas. Tetapi setelah dipulangkan, gambar pada skrin nampak sedikit kabur dan gelap. Kemungkinan besar mereka telah menukar LCD yang original daripada handphone tersebut kepada LCD yang bukan original. Selain daripada itu, ada peniaga mengenakan caj yang terlalu mahal terhadap perkhidmatan yang mereka berikan. Pelbagai alasan mereka berikan untuk menipu . Tetapi bukan semua peniaga sebegitu ye! Sebaik-baiknya anda harus bertanya pada rakan-rakan yang berpengalaman. Tidak salah jika anda survey dahulu dan bertanya di kedai-kedai berhampiran mengenai kos yang mereka kenakan  untuk membaiki sesuatu kerosakan pada handphone. Atau anda boleh tinggalkan komen anda untuk bertanya kepada saya masalah handphone anda.

408 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 408 of 408
Unknown said...

Nak tnya sya tak tau apa pasa sya punya handpone ada peringatan cakap suhu ponsel panas charger tk bole buka whatsaap sekejap dah tutup aplikasi dah resert pula pun tak bole

Unknown said...

Hello..NK tnye blh..tmpt ltk sim card phone sy rosak..agk ii kalau baiki..brp hrga dia ye?

Unknown said...

Hello..NK tnye blh..tmpt ltk sim card phone sy rosak..agk ii kalau baiki..brp hrga dia ye?

Ifaa said...

Phone saya problem kat kunci nak buka untuk taruk sim kad tu dia tak leh nak buka kenapa ek? Padahal sebelum ni ok je dah lama tk buka tempat sim kad tu.. lubang dia pun tk de pula masuk ape² ke sebab pakai cassing? Boleh tak bagitahu saya apa patut saya buat?

Unknown said...

Kedai d mana

Anonymous said...

Saya nak tanya kalau redmi 8 tiba tiba mati tidak hidup , ada kaitan dengan motherboard ke ? Saya hantar kedai dia kata masalah motherboard , dan data dalam tak hilang dia kata . Betul ke

Unknown said...

Salamsaysayanakbrrtanya phonesayaRealme5ptomasukair matidgnsendirixleh oncas punxboleh naktanyanboleh fibaiki ke ya?

Unknown said...

SalamphonesayaRealme5pro termasukairtelahmatixleh on dancas bolehdibaiki ke yalaucamtu?

«Oldest ‹Older   401 – 408 of 408   Newer› Newest»